Skop Tugas
Pengerusi
- Bertanggungjawab dalam menguruskan segala aktiviti dan memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan.
- Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada ahli-ahli dan ahli jawatankuasa untuk menjalankan tugas dengan lancar.
- Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan.
- Bertanggung jawab menentukan hala tuju kejohanan.
Naib Pengerusi
- Membantu pengerusi dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti.
- Memikul tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
Setiausaha/ Penolong Setiausaha
- Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
- Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
- Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.
- Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.
- Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat
- Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program.
Bendahari/Penolong bendahari
- Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
- Menyedia dan menyimpan buku akaun dengan baik.
- Menerima dan menyimpan wang tunai milik kejohanan.
- Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
- Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik.
- Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat.
- Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan.
Ahli Jawatankuasa
- Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti projek.
- Mempamerkan perancangan dan jadual tugasan
- Memastikan jadual tugasan dilaksanakan oleh ahli
- Sentiasa mengemaskini maklumat dan bahan nota
- Sentiasa mengutamakan tugas akademik