Perlembagaan
1.NAMA
Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Taman Sains.
2.ALAMAT
Alamat rasmi(sekolah)Kelab:2 , Jalan Gottlieb , 10350 Pulau Pinang.
3.OBJEKTIF
3.1 Memupuk sikap pelajar agar sentiasa menjaga kebersihan akan diri alam persekitaran.
3.2 Menghiasi kawasan sekolah dengan pelbagai pokok bunga yang beraneka jenis.
3.3 Melatih para pelajar mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.
3.4 Belajar cara-cara menanam pokok-pokok bunga supaya pokok-pokok bunga tersebut dapat tumbuh dengan subur.
3.5 Menanam pokok-pokok bunga yang cantik untuk bersaing dengan orang lain dalam suatu pertandingan.
4.KEAHLIAN
4.1 Kelab ini hanya terbuka kepada para pelajar Tingkatan 2 , Tingkatan 3 , Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4.2 Untuk menjadi ahli kelab , pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dikehendaki menghadiri 70% daripada jumlah perjumpaan manakala pelajar Tingkatan lain dikehendaki menghadiri 80%daripada jumlah perjumpaan.
4.3 Semua ahli kelab mesti membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 1.00 dan yuran tahunan sebanyak RM 5.00.
4.4 Semua ahli dikehendaki membeli baju T persatuan.
4.5 Semua ahli dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan.
4.6 Jika ahli menarikan diri dan menjadi ahli , wang yurannya tidak akan dipulangkan.
5.PENTADBIRAN
5.1 Kelab Taman Sains terdiri daripada:-
5.1.1 tiga orang guru penasihat.
5.1.2 Ahli jawatankuasa:- Pengerusi
-Naib pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Ahli jawatankuasa
-Wakil Tingkatan
5.2 Tugas dan tanggungjawab Ahli jawatankuasa :-
5.2.1 Pengerusi
a. Mewakili persatuan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh persatuan lain atau pihak sekolah.
b. Menjalan semua urusan penting.
c.Mempengerusikan mesyuarat jawantankuasa.
5.2.2 Naib Pengerusi
a. Menbantu pengerusi dalam hal kelab.
b. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
5.2.3 Setiausaha
a. Menguruskan segala surat-menyurat.
b. Menyediakan minit mesyuarat serta merekodkan semua aktiviti.
c. Menolong pengerusi.
d. Mengemaskini daftar kehadiran ahli kelab.
5.2.4 Penolong Setiauasaha
a. Menolong setiausaha menjalankan kerja-kerja.
b. Memangku jawatan setiausaha semasa ketiadaan setiausaha.
5.2.5 Bendahari
a. Memugut segala bayaran ahli.
b. Menyimpan akaun persatuan dan semua resit.
c. Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan sebelum mesyuarat agung.
5.2.6 Wakil Tingkatan
a. Menolong mengawasi ahli-ahli kelab semasa bekerja.
b. Menjalankan segala urusan yang telah disuruh.
c. Menolong bendahari mengutip yuran ahli.
6.KEWANGAN
6.1 Yuran Pendaftaran – RM 1.00
6.2 Yuran ahli
Yuran keahlian sebanyak RM 5.00 tahunan.
6.3 Objektif Tabungan
-Kutipan yuran dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti kelab sahaja.
7.PERATURAN
7.1 Peraturan Mesyuarat
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan pada satu tarikh yang sesuai dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat dengan persatuan Guru Penasihat.
Mesyuarat Agung diadakan untuk:
a. Menerima dan mengesahkan laporan kewangan.
b. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.
c. Meminda perlembagaan apabila diperlukan.
d. Membubarkan jawatankuasa lama.
e. Memilih ahli-ahli jawatankuasa yang baru.
7.2 Mesyuarat Tahunan/ Ahli jawatankuasa hanya sah apabila 2/3 daripada ahli-ahli hadir.
7.3 Notis Mesyuarat Agung Tahunan / Ahli Jawatankuasa mesti dikeluarkan seminggu sebelum tarikh mesyuarat akan diadakan.
7.4 Mesyuarat Agung Tahunan/Ahli Jawatankuasa / Pejumpaan mesti dihadiri oleh sekurang-kurangnya seorang guru penasihat.
7.5 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan dengan licin dan sempurna.
8.PENYERTAAN AKTIVITI LUAR
8.1 Semua aktiviti luar mesti melalui dan diluluskan oleh pihak sekolah dan mendapat kebenaran ibubapa.
Disediakan oleh, Diluluskan oleh,
____________________ _______________________
(Tan Yun Yun) (Pn. Kang Geok Boey)
SETIAUSAHA GURU PENASIHAT